Kes tular wanita mencuri di pasar raya selesai secara baik

1 day ago 12
Tangkap layar video tular di aplikasi Threads hari ini.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 20 Ogos 2026, 11:32 pm

SUNGAI BULOH – Kes tular membabitkan dakwaan seorang wanita mencuri di sebuah pasar raya di Rawang, di sini, selesai secara baik antara pihak pengurusan premis dan individu terbabit.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan satu video tular di platform Threads berkaitan dakwaan berkenaan hari ini.

“Hasil semakan mendapati satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan perkara berkenaan kemudiannya telah diselesaikan secara baik antara pihak pengurusan pasar raya dengan individu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau tuduhan berdasarkan kandungan yang tular di media sosial tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |