- Oleh SITI SARAH NURUL LIYANA
- 4 Jun 2025, 8:11 am

Mengenang zaman kanak-kanaknya, anak sulung daripada empat beradik itu mengakui bahawa ibu bapanya sangat menitikberatkan aspek pendidikan. Sikap tersebut agak luar biasa dalam kalangan masyarakat Orang Asli Temiar, memandangkan kebanyakan ibu bapa dari suku kaum tersebut lebih cenderung mendorong anak-anak mereka untuk bekerja. Hal itu berpunca daripada kepercayaan bahawa persaingan dalam bidang pendidikan belum tentu menjamin masa depan, berbanding pendapatan segera yang boleh diperoleh melalui kerja-kerja kampung. Selain itu, anak-anak muda Orang Asli juga mudah terpengaruh dengan pempengaruh yang menggalakkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

