Jualan Rahmah Aidilfitri di Terengganu 14 Mac, diskaun 30 peratus

3 hours ago 4
Mohd. Mufsi (dua dari kiri) meninjau salah satu gerai makanan di BRR Paka, Dungun semalam.
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 3 Mac 2026, 10:57 am

DUNGUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Aidilfitri serentak di semua daerah di negeri ini pada 14 Mac depan dengan tawaran harga 30 peratus lebih murah dari pasaran.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat ketika tinjauan bazar Ramadan di Paka berkata, PJRM Aidilfitri tersebut dianjurkan dengan peruntukan RM1.2 juta bertujuan membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri pada harga berpatutan, sekaligus meringankan kos sara hidup mereka.

Beliau berkata, lapan lokasi terlibat ialah Dataran Limbongan Kampung Raja, Besut, Dewan Komuniti Kampung Telaga Papan, Setiu, Dataran Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus, Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Masjid Pengadang Baru, Marang, Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai, Kemaman dan Dewan Arena Merdeka Dungun. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |