Jet pejuang Britain tembak jatuh dron di ruang udara Jordan

6 hours ago 4
Jet pejuang F-35B turut dikerahkan ke Asia Barat. - Kementerian Pertahanan Britain
  • Oleh KOSMO
  • 4 Mac 2026, 11:00 am

LONDON – Sebuah jet pejuang tentera Britain, F-35B menembak jatuh sebuah dron Iran di ruang udara Jordan, kali pertama jet itu memusnahkan sasaran dalam operasi berkenaan, lapor akhbar Metro UK.

Jet tersebut dikatakan melindungi kakitangan Britain dan negara-negara sekutunya di seluruh Asia Barat.

Kementerian Pertahanan berkata, jet-jet itu disokong oleh pesawat RAF Typhoons dan pesawat pengisian bahan api udara-ke-udara Voyager.

Perdana Menteri Keir Starmer terdahulu mengesahkan bahawa Britain menghantar kapal HMS Dragon, salah satu daripada enam kapal pemusnah pertahanan udara Type 45 Tentera Laut Diraja Britain, selepas pesawat RAF Akrotiri di Cyprus diserang dron.

“Kami sedang bergerak pantas untuk memperkukuhkan lagi kehadiran pertahanan kami di Mediterranean Timur,” kata Setiausaha Pertahanan, John Healey. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |