Imigresen sekat lebih 700 jemaah haji Indonesia

2 days ago 8

TANGERANG – Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menyekat pelepasan 719 jemaah haji yang cuba melakukan perjalanan ke Arab Saudi menerusi cara tidak rasmi dan dilarang, lapor laman berita Jakarta Globe.

Ketua Pejabat Imigresen Soekarno-Hatta, Johanes Fanny Satria Cahaya Aprianto berkata hari ini, keberangkatan mereka dihalang antara 23 April hingga 31 Mei lalu.

“Dalam tempoh itu, kami menyekat 719 individu yang cuba berlepas menggunakan kaedah melanggar prosedur jemaah haji,” kata Fanny kepada pemberita.

“Pejabat Imigresen Soekarno-Hatta telah mengawasi keberangkatan 55,870 jemaah haji rasmi antara 2 Mei hingga 31 Mei dari empat pintu berlepas iaitu Pondok Gede (Jakarta), Bekasi (Jawa Barat), Bandar Lampung (Lampung), dan Tangerang (Banten).

“Namun, selain aliran lancar jemaah haji rasmi, pihak berwajib juga mengesan sejumlah besar jemaah haji tidak sah,” tambahnya.

Menurut Fanny, ramai jemaah haji cuba memasuki Arab Saudi menggunakan visa bukan haji seperti visa kerja atau visa pertubuhan amal.

Beliau mengaitkan peningkatan percubaan haram itu dengan senarai menunggu haji yang panjang, mencecah 40 tahun.

“Mereka ini sering cuba menyamar sebagai jemaah haji rasmi.

“Mereka memakai pakaian serupa, membawa beg yang sama, dan bergerak dalam kumpulan besar untuk kelihatan sah,” ujar Fanny.

Pegawai imigresen terpaksa menjalankan temuduga mendalam dan menyemak semula dokumen perjalanan, terutamanya untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai visa haji yang betul

Dalam kebanyakan kes, mereka tidak memilikinya, kata Fanny

Sesetengah jemaah haji tanpa permit juga cuba mengelak pemeriksaan dengan menggunakan penerbangan transit ke negara bebas visa seperti Malaysia, Singapura, Thailand, dan Filipina serta berpura-pura sebagai pelancong.

Justeru, Fanny menyeru orang ramai agar mengikut prosedur undang-undang dan memberi amaran bahawa penggunaan jalan pintas bukan sahaja melanggar undang-undang imigresen tetapi juga mendedahkan individu kepada risiko diusir dan tindakan undang-undang lain oleh kerajaan Arab Saudi. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |