Figueiredo enggan terima pujian peribadi

1 week ago 13
FIGUEIREDO (kanan) meledak gol kedua Malaysia ketika berjaya menewaskan Singapura pada aksi kelmarin. - FB MALAYSIA NT
  • Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
  • 6 September 2025, 9:00 am

PENYERANG skuad Harimau Malaya, Joao Figueiredo mengakui bangga apabila muncul wira pasukan selepas meledak gol kemenangan untuk menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu enggan terbuai dengan pujian sebaliknya mengakui perkara paling penting adalah membantu pasukan kebangsaan menang dan pencapaian peribadi adalah soal kedua.

“Secara jujur, perlawanan ini kami dapat lihat perkara positif dan negatif. Apa yang berlaku dalam aksi persahabatan ini bagus buat kami kerana kami boleh memperbaikinya untuk menjadi lebih baik.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan dapat menjaringkan gol sekali lagi buat pasukan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, Figueiredo meledak gol kedua Harimau Malaya dalam perlawanan itu selepas bijak menyudahkan umpanan Stuart Wilkin pada minit ke-54 sekali gus meraih gol kedua selepas turut menyumbang satu gol ketika aksi debut bertemu Vietnam 4-0, Jun lepas. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |