KUALA LUMPUR – Festival raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali pada tahun ini dengan membawa kemeriahan yang lebih besar sempena penganjurannya untuk tahun kelima.
Acara yang telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Records sebagai Expo Festival Raya terbesar di Malaysia pada tahun 2024 merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.
Untuk julung kalinya pada tahun ini, ABxFGR akan memulakan jelajah festival raya mereka di tiga buah lokasi utama, bermula di lokasi antarabangsa pertama iaitu di Bridex Convention Centre, Brunei pada 27 Februari hingga 1 Mac.
Ia kemudiannya diikuti di Pusat Konvensyen PICCA Pulau Pinang pada 6 hingga 8 Mac dan acara kemuncak di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 13 hingga 16 Mac.
Pengarah dan Pengasas My Events International. Datin Sabrina berkata, kemuncak penganjuran ABxFGR 2026 akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti bermula jam 12 tengah hari pada 13 Mac sehingga jam 6 pagi pada 16 Mac bertempat di MITEC.
Jelas beliau, sepanjang empat tahun penganjuran, ABxFGR telah mencatatkan pelbagai pencapaian luar biasa iatu termasuk hasil jualan keseluruhan RM61.5 juta.
“Pencapaian ini mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai festival raya yang paling ikonik dan pilihan utama pengunjung di negara ini.
“Di samping itu, ia memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME),”katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Nur Ali Nadzwan berkata, pihak penganjur membawakan kelainan tahun ini dengan menawarkan pilihan kaedah Buy Now, Pay Later daripada SPayLater.
Katanya, kaedah pembayaran itu, pihak penganjur yakin kerjasama dengan SPayLater dapat memberi pengalaman membeli-belah tanpa batasan di ABxFGR 2026.
Selain itu ujarnya, tarikan utama yang bakal diketengahkan termasuk aktiviti sampingan di Brunei,
Grab The Gold.
“Tidak kurang juga di Kuala Lumpur ABxFGR bawakan Cengkaman Lebaran atau Human Claw Machine, dan pengunjung di Penang berpeluang merasai pengalaman mengujakan, Money Chamber.
“Tidak ketinggalan juga jualan ‘Happy Hour’ serta persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal di Malaysia sepanjang tempoh penganjuran,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

17 hours ago
10










![[VIDEO] ‘Tak hormat netizen tak apa, tapi tolong hormat bulan Ramadan kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-5.09.39-PM.jpeg)






































