Demam Akak Naga, selebriti pakat terjangkit

3 weeks ago 8
SEORANG peniaga TikTok dikenali sebagai Akak Naga kini menjadi trending gara-gara keunikan pendekatannya mengendalikan sesi jualan langsung dalam TikTok.
  • Oleh KOSMO!
  • 23 Ogos 2025, 11:30 am

SELEPAS Datuk Aliff Syukri, seorang lagi pempengaruh mula meraih perhatian ramai dalam TikTok iaitu Nurfaezah Khalid atau lebih popular dengan nama Akak Naga.

Akak Naga membuktikan dia mampu terkenal dengan hanya mempromosikan permainan kanak-kanak dalam setiap siaran langsungnya.

Bukan sahaja permainan, tarian ikoniknya ketika mempromosikan beberapa permainan tersebut turut menjadi ikutan ramai termasuk golongan selebriti.

Antara yang ‘terkena’ demam tarian Akak Naga ialah Nadeera, Betty Rahmad, Zara Zya dan Adira.

Gelagat beberapa selebriti itu mencuit hati ramai sehingga ada yang menjadi ‘juri’ sama ada tarian mereka menepati gaya yang sepatutnya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |