PUTRAJAYA- Kementerian Luar Negeri akan mengaktifkan bilik operasi susulan insiden limpahan Sungai Bhote Koshi di Daerah Rasuwa, Nepal di Putrajaya bermula pukul 12 tengah hari ini.
Wisma Putra berkata, pengaktifan bilik operasi itu bagi menyelaras maklumat serta menyediakan saluran komunikasi langsung
untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga mereka.
“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas
serta ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Kementerian Luar Negeri melalui saluran telefon 03 8887 4570 dan emel [email protected].
“Ahli keluarga juga boleh mengemukakan butiran berkaitan, termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir yang diketahui dan nombor telefon yang boleh dihubungi kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu melalui e-mel [email protected].
“Ia termasuk menyalinkan e-mel tersebut kepada Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri melalui [email protected] bagi memudah cara penyelarasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan di Nepal, khususnya mereka yang berada atau
berhampiran kawasan terjejas dinasihatkan supaya terus berwaspada, mengutamakan
keselamatan diri dan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
“Rakyat Malaysia juga digesa untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan masing-masing secara berkala melalui portal e-Konsular di https: ekonsular.kln.gov.my.
“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini sekiranya perlu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
15

































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














