ISKANDAR PUTERI – Pengendali Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul bertekad untuk memburu kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, esok.
Menurut Gaul, kemenangan itu akan memberi kelebihan buat La Viola pada aksi timbal balik di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima pada 11 Mac ini.
Katanya, pemain perlu memberi fokus sepanjang perlawanan selain perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini.
“Dalam perlawanan pertama ini, saya tak fikir untuk memburu seri, bagi saya kemenangan adalah lebih penting setelah ia memberi kelebihan buat kami pada aksi kedua di laman sendiri nanti.
“Kami sudah merancana perancangan yang utuh untuk berdepan JDT, harapnya permain dapat terjemahkannya dengan baik bagi menjayakan misi kami,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan ACLE menentang JDT.
Untuk record, Sanfrecce Hiroshima pernah mengalahkan JDT 2-1 dalam saingan peringkat Kumpulan Zon Timur ACLE, pada 10 Februari lalu, Akito Suzuki muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol.
Bagaimanapun, Gaul akui untuk mengulangi kemenangan itu bukanlah mudah setelah Harimau Selatan mempunyai skuad yang kualiti dan memberi kesukaran buat pasukannya.
Katanya, keputusan perlawanan lalu juga tidak seharusnya dijadikan ukuran setelah JDT bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-15 setelah pemain pertahanan, Jonathan Da Silva dilayangkan kad merah.
“JDT merupakan lawan yang sukar kerana mereka gemar bermain ‘high pressing’ dan berjaya mendapat gol awal dalam perlawanan terdahulu. Jadi kami jangkakan satu pertembungan yang sengit pada malam esok.
“Bagaimanapun, kami berada di prestasi terbaik ketika ini setelah semua pemain bersiap sedia diturunkan. Harapnya pemain dapat melakukan tugas yang baik pada perlawanan itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, kapten, Sho Sasaki yang kembali menyertai pasukan merasa tidak sabar untuk berdepan JDT bagi membantu pasukan untuk memburu kemenangan.
“Untuk perlawanan esok, kami hanya perlu fokus pada pasukan kami sendiri dan cuba sebaik mungkin untuk menyerap tekanan apabila bermain di stadium yang berkapasiti penuh esok,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

4 hours ago
5








![[VIDEO] ‘Jangan bawa masuk budaya kejut sahur beramai-ramai’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-03-at-10.59.49-AM.jpeg)






![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)

































