Abang ‘sado’ tampil sopan, tiada lagi otot sasa terdedah

1 month ago 28
Imej ‘abang sado’ tentera darat yang tampil lebih sopan selepas mengenakan baju bersesuaian pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR
  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 31 Ogos 2025, 2:41 pm

PUTRAJAYA- Akur terhadap kecaman dan kritikan, anggota tentera darat berbadan sasa tampil lebih ‘sopan’ pada perbarisan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Berbanding imej dedah otot ‘seksi’ dan sasa pada penampilan raptai penuh pada Jumaat lalu, otot berurat abang askar sado hari ini ditutup dengan baju.

Walaupun tanpa mendedahkan otot sasa, mereka tetap diberi sorakan dan teriakan oleh pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya, di sini.

Sebelum ini, kemunculan anggota tentera darat berbadan sado di majlis raptai penuh Hari Kebangsaan 2025 telah pun menjadi bualan hangat di platform media sosial.

Perkara tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang untuk sesetengah pihak, di mana mereka mempersoalkan sama ada menayang tubuh badan sudah menjadi satu trend ‘wajib’ apabila perarakan Hari Kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |