12 maut, 4 hilang jambatan tinggi 55 meter runtuh

2 weeks ago 12
JAMBATAN runtuh di wilayah Qinghai. - Foto Xinhua
  • Oleh KOSMO!
  • 24 Ogos 2025, 2:36 pm

BEIJING – Sekurang-kurangnya 12 pekerja mati dan empat lagi hilang selepas sebuah jambatan kereta api runtuh di China, lapor portal berita New York Post semalam.

Gambar dari  udara oleh agensi berita Xinhua menunjukkan sebahagian besar lengkungan jambatan berwarna biru aqua itu yang sedang dalam pembinaan hilang. 

Satu bahagian dek jambatan kelihatan bengkok dan menjunam ke dalam Sungai Kuning yang berada di bawahnya.

Ketika kejadian, seramai 16 pekerja berada di atas  jambatan yang terletak  di wilayah Qinghai, barat laut China, apabila kabel keluli putus kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan), Jumaat lalu, lapor Xinhua.

Bot, helikopter dan robot telah dikerahkan untuk operasi mencari mangsa yang masih hilang.

Menurut akhbar China Daily, jambatan itu sepanjang 1.6 kilometer dan dek jambatan berada setinggi 55 meter dari permukaan sungai. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |