Wanita cedera, tiga parah Nissan Livina terbabas di Lebuh Raya Persekutuan

3 hours ago 1
Petugas bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan, awal pagi tadi.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 12 September 2025, 9:25 am

KUALA LUMPUR – Empat individu nyaris maut selepas kereta Nissan Livina yang dinaiki mereka terbabas di Lebuh Raya Persekutuan sebelum Persimpangan Templer, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang wanita mengalami kecederaan ringan manakala tiga lagi mangsa parah.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 pagi.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya digegaskan ke lokasi dan tiba pada pukul 2.40 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan empat mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20-an.

“Dua daripada mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala dua lagi diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |