vivo Malaysia lancar vivo X200 FE, tawar diskaun RM200 untuk pra-tempahan

2 months ago 36

KUALA LUMPUR – vivo Malaysia melancarkan vivo X200 FE, telefon pintar telefoto bertaraf mercu kompak pertama dalam siri X.

Pelancaran ini menandakan pencapaian baharu dalam membawa pengalaman bertaraf mercu kepada telefon pintar kompak. 

Peranti ini menggabungkan ekspresi warna menyerlah, keupayaan pengimejan hebat, dan prestasi canggih dalam bentuk yang boleh digenggam dalam satu tangan.

Dicipta untuk generasi profesional muda dan pencinta kehidupan yang bersemangat, vivo X200 FE memenuhi keperluan mereka untuk kecekapan, kreativiti, dan kebebasan ekspresi. 

Kompak tetapi tetap berkuasa, ia memperkasakan kehidupan seharian dengan mudah, penuh tenaga, dan bergaya. vivo X200 FE menampilkan skrin rata 6.31 inci dengan lebar peranti 71.76mm, ketebalan hanya 7.99mm dan berat hanya 186g. 

Susunan dalaman komponen yang tepat mencapai pengagihan berat 1:1 yang seimbang, manakala modul kameranya yang minimalis hanya mengambil 9 peratus daripada permukaan belakang. 

vivo X200 FE memenuhi keperluan pengguna muda yang mahukan telefon pintar premium.

Direka untuk gaya hidup pantas dan fleksibel, vivo X200 FE memenuhi keperluan pengguna muda yang mahukan telefon pintar premium yang boleh dikendalikan sepenuhnya dalam satu tangan.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada bentuk ‘squircle’ klasik gabungan harmoni antara segi empat dan bulatan yang memberikan profil lembut secara visual tetapi kukuh secara struktur. 

Reka bentuk kamera ‘Rhythm Eye’ bukan sahaja mencantikkan estetik tetapi juga meningkatkan keselesaan ergonomik. 

Kemasannya yang menggunakan Metallic Sand Anti-Glare menawarkan tekstur permukaan 40 peratus lebih baik berbanding AG tradisional.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna ekspresif iaitu gaya merah jambu, bayu biru, kuning berkilau dan hitam mewah, vivo X200 FE menonjolkan aura muda dan premium. 

Sementara itu, rangka peranti diperbuat daripada aluminium gred aeroangkasa memberikan ketahanan hentakan yang tinggi tetapi kekal ringan. 

Disahkan dengan penarafan IP68 dan IP69 Kalis Habuk dan Air, Pensijilan Tiga Perlindungan SGS, dan Pensijilan Gred Tentera, vivo X200 FE sesuai untuk pelbagai gaya hidup, daripada aktiviti luar hingga ke penggunaan harian tanpa kompromi ketahanan.

Paparan ZEISS Master Color meningkatkan pengalaman visual dengan ketepatan warna sinematik dan kejelasan yang imersif. 

Skrin LTPO 1.5K ini mencapai kecerahan puncak 1800 nits dalam Mod Kecerahan Tinggi, memastikan keterbacaan sepanjang masa. 

Tambahan pula, teknologi PWM 2160 Hz dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah SGS memastikan keselesaan mata berpanjangan, walaupun menggunakan peranti pada waktu malam.

Meneruskan legasi pengimejan bertaraf mercu vivo, vivo X200 FE mewarisi ciri Fotografi Profesional Multifokus ZEISS yang paling canggih daripada siri vivo X200  mentakrifkan semula kemampuan telefon kompak dalam fotografi telefoto.

Dilengkapi dengan Kamera Super Telefoto ZEISS 50 MP, vivo X200 FE memperkenalkan Mod Pentas yang direka khas untuk merakam adegan langsung yang dinamik dengan tenaga dan realisme yang dipertingkatkan. 

Ditawarkan dalam empat pilihan warna ekspresif iaitu gaya merah jambu, bayu biru, kuning berkilau dan hitam mewah, vivo X200 FE menonjolkan aura muda dan premium.

Disokong oleh Sensor Sony IMX882 dan AI Telephoto Enhance, ia menyerlahkan butiran mengagumkan dalam pemandangan semula jadi dan seni bina.

Lensa periskop prisma trapezoid baharu menggunakan laluan optik berbentuk M untuk menghasilkan modul kamera yang lebih kompak dengan ketinggian dan volum lensa yang lebih rendah.

Tanpa sebarang kompromi, vivo X200 FE menawarkan keupayaan Potret Multifokus penuh merangkumi 23mm Potret Lanskap,  35mm Potret Naratif, 50mm Potret Klasik, 85mm Potret Profesional dan 100mm Potret Close-up.

Selain itu, vivo X200 FE bukan sahaja merakam dunia di hadapan lensa, ia juga menzahirkan dunia di dalam jiwa. 

Dengan tujuh kesan bokeh klasik ZEISS dan kesan suar sinematik, pengguna boleh menghasilkan potret yang beremosi dan penuh atmosfera. 

Dalam era yang mementingkan kesempurnaan, mod fotografi jalanan meraikan ketidaksempurnaan, kabur, berbutir, atau terdedah berlebihan untuk mengekalkan keaslian dan unsur manusia. 

Hanya tekan dua kali butang laras bunyi ke bawah ketika skrin ditutup untuk terus membuka mod fotografi jalanan di mana apa yang dilihat, itulah yang dirakam.

Selain itu, peranti ini juga disokong oleh AI Image Studio termasuk AI Magic Move, AI Image Expander, dan AI Reflection Erase yang baru diperkenalkan, vivo X200 FE mengajak pengguna untuk mencipta karya seni dengan alat bertaraf profesional dalam sebuah peranti yang muat dalam satu genggaman.

Mencabar jangkaan terhadap saiz, vivo X200 FE mengintegrasikan prestasi bertaraf tinggi dalam reka bentuk nipis dan ringan di samping menawarkan kelajuan, ketahanan, dan fungsi pintar yang menyaingi telefon bertaraf mercu bersaiz besar.

Dengan bateri BlueVolt 6500 mAh dan pengecasan pantas 90W FlashCharge, penggunaan sepanjang hari dan pengecasan sepantas kilat menjadi mudah. 

Apabila dicas penuh, vivo X200 FE mampu bertahan sehingga 9.5 jam permainan berterusan, 25.4 jam tontonan YouTube, 44.9 jam panggilan suara dan ini  membuktikan bahawa ‘saiz kecil’ bermaksud boleh mempunyai ‘jangka hayat bateri yang lama’.

Dari segi prestasi, vivo X200 FE dijana oleh cip bertaraf mercu MediaTek Dimensity 9300+, yang menangani tugas multitugas berat dan pemuatan fail dengan kelewatan hampir sifar. 

Ciri produktiviti lain termasuk Pembesar Suara Stereo Berkembar, NFC Pelbagai Senario, dan Kawalan Jauh Inframerah, vivo X200 FE mampu berfungsi dengan lancar untuk bekerja, hiburan dan penggunaan harian.

Dengan vivo X200 FE, pengguna tidak perlu lagi memilih antara saiz dan kuasa. 

Malah, vivo X200 FE menetapkan penanda aras baharu untuk telefon kompak bertaraf mercu dengan reka bentuk ekspresif, pengimejan profesional ZEISS, dan prestasi unggul dalam badan ringan yang sesuai digenggam.

Ini adalah jawapan vivo kepada generasi yang menuntut lebih daripada teknologi, kreativiti, dan kehidupan mereka.

Dalam pada itu, turut membuat penampilan sulung bersama vivo X200 FE ialah vivo Watch GT iaitu  jam tangan pintar pertama vivo dengan reka bentuk bersegi empat yang menggabungkan gaya dan kepraktisan harian. 

Menampilkan skrin melengkung 2.5D yang anggun, badan ringan seberat 33g, serta tombol digital keluli tahan karat yang digilap kemas, vivo Watch GT menawarkan estetik berteknologi tinggi yang elegan dengan kawalan intuitif  di mana hanya putar untuk menukar antara muka atau tekan untuk kembali. 

Pengguna boleh memperibadikan gaya mereka dengan pelbagai pilihan muka jam yang sesuai dengan apa jua pakaian atau acara. 

vivo Watch GT iaitu jam tangan pintar pertama vivo dengan reka bentuk bersegi empat yang menggabungkan gaya dan kepraktisan harian.

Bagi yang aktif, ia menyokong enam mod sukan profesional termasuk badminton, tenis dan pickleball, dengan data penjejakan terperinci seperti jumlah ayunan dan pecahan gaya pukulan.

Dengan jangka hayat bateri sehingga 21 hari dan  paling lama dalam kelasnya, vivo Watch GT direka untuk menemani anda ke mana sahaja.

Sementara itu, vivo X200 FE akan ditawarkan pada harga runcit RM3,199. 

Namun, pelanggan yang membuat pembelian semasa tempoh pra-tempah akan menikmati rebat segera sebanyak RM200 sekaligus membolehkan mereka membawa pulang vivo X200 FE pada harga hanya RM2,999.

Manakala vivo Watch GT pula akan hadir dalam dua varian warna, putih awan dan hitam suria, masing-masing ditawarkan pada harga RM549 dan RM499. 

Rakyat Malaysia boleh membuat pra-tempahan vivo X200 FE bermula hari ini melalui Kedai Konsep vivo, peruncit rasmi, dan platform dalam talian rasmi termasuk E-Store vivo Malaysia,  serta kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Sempena pelancaran vivo X200 FE, Kedai Konsep vivo turut menawarkan promosi pra-tempahan bermula sekarang hingga 4 Julai 2025, dengan hadiah percuma dan tawaran eksklusif, termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM1,856, pelan ansuran 0 peratus faedah, tawaran ekslusif bank, pilihan beli sekarang bayar kemudian dan promosi tukar beli.

Promosi pra-tempahan ini tersedia di semua Kedai Konsep vivo dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, dari 5 Julai hingga 31 Ogos 2025, pelanggan boleh menikmati Promosi Ansuran 0 peratus vivo X200 FE dengan manfaat berikut:

  • Public Bank: Rebat RM100 (terhad kepada 100 pemegang kad pertama)
  • Affin Bank: Rebat RM100 + 5x Mata Ganjaran AFFIN (terhad kepada 100 pemegang kad pertama)
  • PayLater by Grab: Diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum RM550, ansuran 0 peratus sehingga 4 bulan (sah hingga 31 Julai sahaja)
  • SPayLater: Ansuran sehingga 12 bulan (caj bulanan 1.5 peratus dikenakan untuk pelan 3 bulan ke atas)

Promosi ini tersedia secara eksklusif di Kedai Konsep vivo terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai vivo X200 FE dan untuk mengikuti perkembangan terkini, layari laman web rasmi vivo, ikuti vivo Malaysia di Facebook, dan lihat lebih banyak kandungan di Instagram rasmi vivo Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |