PETALING JAYA – Seorang pensyarah menjadi bualan ramai apabila mengenakan hukuman terhadap pelajarnya yang lewat ke kuliah dengan membuat video tarian tular TikTok.
Menerusi perkongsian pensyarah itu di media sosialnya @MissJane, seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda akur dengan denda yang dikenakan oleh pensyarah subjek Matematik itu.
“Siapa lambat masuk kelas saya kena buat persembahan trend TikTok dekat depan ya,” katanya.
Kebanyakan orang ramai di ruangan komen menyampaikan rasa takut dengan ugutan itu seandainya mereka berada di tempat pelajar-pelajar berkenaan.
“Tidak mengapalah, saya rela datang awal kalau macam ini sebab kitanya introvert (pemalu) dan takut,” komen @Syafinaz15.
“Kalau beginilah Miss, sebelum subuh saya sudah sampai ke kelas,” kata @Mochi
“Ini kalau sudah terlambat datang memang aku ponteng terus lah,” balas @Mangoberry. – KOSMO! ONLINE
@az20202007 Me in first class: Siapa lambat masuk kelas kena buat persembahan trend TikTok kat depan ok. Students: Ok Dr. 👍 #PensyarahTikTok #FypPelajar #mathclass #degreelife ♬ suara asli – SANDIKAWEK