[VIDEO] Patutlah…semua nak tunjuk aksi ‘superman’ tunggang RXZ

3 weeks ago 10

PETALING JAYA – Tular satu rakaman memaparkan sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ melakukan aksi berbahaya di atas jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke program perhimpunan RXZ Member 7.0 di Terengganu.

Dalam rakaman berdurasi hampir dua minit yang dikongsikan pengguna Facebook @Juraimi Desa, beberapa penunggang dilihat melakukan aksi ‘superman’ dengan meniarap di atas motosikal sambil memecut laju, selain menunggang secara zig-zag di laluan utama.

Aksi berbahaya itu bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri, malah turut menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengguna jalan raya lain yang terpaksa berkongsi laluan dengan kumpulan terbabit.

Rakaman berkenaan mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mencabar undang-undang jalan raya.

Ada yang mengaitkan sikap segelintir penunggang RXZ dengan beberapa kemalangan maut melibatkan peserta RXZ Member 7.0 yang dilaporkan.

“Patutlah setiap kali ada himpunan RXZ mesti ada kes kemalangan, kalau gaya tunggang pun macam ini. Nyawa macam tiada harga,” kata Syukor.

“Program dah bagus….Cara pergi dan balik begini yang buat jadi bahaya. Semoga dipermudahkan segala urusan semua,” komen Mohd Hazri.

“Bila JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan polis pukat, marah. Bila tak pukat macam ni la perangai sesetengah darinya, program tu tak salah, yang salah perangai sesetengah mereka (penunggang RXZ),” kata Haidhir.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang penunggang Yamaha RXZ yang dalam perjalanan menyertai program RXZ Member 7.0 di Terengganu maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dan melanggar tebing di Jalan Palong 8 di Bera, Pahang hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian pada pukul 6.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Syukri Shahrudin, 33, dalam perjalanan dari arah Rembau menghala ke Terengganu.

Terbaharu, hasrat seorang jururawat, Roslinawati Ramli,33 untuk menyertai himpunan sama tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 394, Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran Ajil, di Hulu Terengganu pada pukul 12 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |