[VIDEO] Panjang umur kamu ‘si bulus’

2 months ago 32

PETALING JAYA – “Panjang umur si bulus,” itulah gambaran nasib seekor anak kucing malang yang tersesat di tengah-tengah lebuh raya sibuk sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki, semalam.

Kejadian yang berlaku di sebuah lebuh raya itu tular di media sosial selepas video berdurasi 46 saat menunjukkan kucing berwarna campuran hitam dan putih itu duduk tercatuk di lorong tengah sambil dikelilingi kenderaan yang tidak henti-henti meluncur laju.

Menurut pengguna TikTok @nurainrdzuan, ketika melalui laluan tersebut, dia dan suami terlihat kucing malang itu yang kelihatan bingung, seolah-olah pasrah berada di tengah-tengah jalan.

Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk berhenti kenderaan di bahu jalan untuk menyelamatkan kucing tersebut.

“Panjang umur kamu anak kecil. Pagi Isnin (semalam) jalan sibuk kereta, lori lalu lalang. Cemas rasa masa ini. Semoga Allah permudahkan urusan mu dunia akhirat,” tulisnya di ruang kapsyen.

Kata pengguna tersebut, anak kucing itu dibawa pulang ke rumahnya untuk dijaga.

“Alhamdulillah, anak kucing tu kami bawa balik insya-Allah kami jaga sebaik-baiknya. Nanti saya ‘update’ tentang anak kucing comel ini,” katanya.

Perkongsian kisah itu telah meraih lebih satu juta tontonan dengan ribuan komen memuji keberanian lelaki terbabit selain berterima kasih kepada pasangan suami isteri tersebut kerana membantu menjaga anak kucing berkenaan.

“Subhanallah, terima kasih orang baik tolong selamatkan si comel. Moga kamu sekeluarga dilimpahkan rezeki yang luas dunia dan akhirat,” kata seorang netizen.

“Sanggup abang tu taruhkan nyawa dia untuk selamatkan kucing. Terima kasih bang semoga sihat selalu,” puji @Jahar_04. – KOSMO! ONLINE

@nurainrdzuanpanjang umur kamu anakk kecil😭 pagi isnin jalan sibuk kete lori lalu lalang . nervous rasa nya masani . terima kasih suami selamatkan anak kucing ni . semoga allah permudahkan segala urusan mu dunia&akhirat🤲🏻❤️♬ original sound – Nrain_
Read Entire Article
Pertanian | | | |