[VIDEO] ‘Layan sesak jalan 1 jam lebih, rupa-rupanya orang pergi sungai’

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Satu jam lebih menghadap kesesakan lalu lintas di laluan di Batang Kali, Hulu Selangor berpunca daripada pengunjung mahu berkelah di Sungai Tua Ulu Yam yang menjadi tumpuan orang ramai ketika ini.

Itu yang diceritakan seorang pengguna TikTok Mialovestoeat sewaktu melalui satu jalan di Batang kali dengan kiri dan kanan laluan itu dipenuhi deretan panjang kenderaan orang ramai.

Kenderaan pengunjung yang diletakkan di tepi kiri dan kanan bahu jalan itu, seterusnya menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain apabila melalui jalan tersebut.

“Melayan kesesakan satu jam lebih, rupa-rupanya sesak sebab nak pergi sungai. Pengajarannya, tak payah pergi sungai kalau cuti panjang hujung minggu. Ada 500 orang lagi fikir benda sama,” katanya pada kapsyen video dimuat naik semalam.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk daripada penduduk tempatan yang terpaksa berdepan kesesakan selepas deretan kereta pengunjung diletakkan di situ.

“Saya antara yang sangkut sesak tu tadi dari Batang Kali. Ingatkan ada sesak apa lah, dengan tak ada ‘line’ telefon. Sekali tahu punca sesak, menyirap saja. Kanan, kiri orang letak kereta,” kata seorang pengguna TikTok.

“Saya salah seorang yang turut berada di jalan sesak tadi,” komen pengguna TikTok @Lish.

“Lepas ni kalau cuti umum baik duduk rumah, tertekan kalau sesak macam ni. Kadang-kadang sebab parking pun boleh bergaduh,” komen @Mohamadkhairuddi21. – KOSMO! ONLINE

@mialovestoeat_ Melayan jem sejam lebih rupa rupanya jem sbb nak pergi sungai #uluyam ♬ bunyi asal – Geng Dikir Official (G.D.O)
Read Entire Article
Pertanian | | | |