PETALING JAYA – “Dia orang punya pelanggan sasaran adalah lelaki, tapi masalahnya yang komen semua perempuan. Memang ‘tak jalan’ jualannya.”
Itu antara komen orang ramai terhadap ‘nasib’ seorang pemuda yang sering bersiaran langsung sebagai hos TikTok.
Pemuda berkulit cerah tersebut ditugaskan untuk membuat siaran langsung bagi mempromosikan jualan barangan lelaki seperti kasut, tuksedo dan cermin mata hitam.
Menerusi perkongsian video oleh @pikaa, lelaki itu sering kelihatan gelisah apabila ‘diganggu’ para wanita yang tertarik dengan paras rupanya.
Mana tidaknya, para penonton yang majoritinya kaum wanita, bukan meninggalkan komen berkaitan barangan yang dijual tetapi hanya berkisar tentang hos berkenaan.
“Kasihan dia tersipu-sipu kena puji,” ujar seorang netizen
“Kenapa orang Johor kacak-kacak?,” komen @Justme.
“Abang pakai apa pun elok,” puji @A.V. – KOSMO! ONLINE
@_myselfonly terhibur ye aku baca comment korang hahahaha 😭😂 #foryou #zeveshoes #fyp ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)