PETALING JAYA – “Kenapa aku nampak kepala terbang? Penanggal ke tu?.”
Demikian persoalan seorang pengguna TikTok @Asyrff selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah bengkel dikongsikan pemiliknya @matspana4455 baru-baru ini.
Rakaman itu memaparkan kelibat lembaga misteri melintas sekitar pukul 12.40 tengah malam dalam satu kejadian bulan lalu.
“Waktu begini la ‘dia’ nak lintas depan bengkel,” kata pemilik video.
Perkongsian itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mendakwa kelibat berkenaan menyerupai makhluk halus.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, kelihatan satu bayangan putih seakan melayang melintasi kawasan luar bengkel sebelum hilang daripada rakaman, sekali gus menimbulkan rasa seram.
“Bila tengok balik rakaman, terus rasa meremang. Selalu macam ini penanggal atau kak ponti (pontianak),” tulis Zack.
“Saya nampak dua tapi yang atas kereta tu saya nampak bayang macam rambut dia panjang menghadap kamera,” dakwa Dayah.
“Dua ekor selali mai,” kata Eyka.
Selain itu, terdapat juga segelintir pengguna yang menyifatkan kelibat berkenaan sebagai pocong meskipun bentuknya sukar dikenal pasti dengan jelas.
“Pocong pun boleh jadi, cuma rakaman gelap sangat,” ujar seorang pengguna.
Sehingga kini, video tersebut terus mencuri perhatian netizen sehingga meraih lebih satu juta tontonan. – KOSMO! ONLINE
@matspana4455 time ni la dia nak lintas depan bengkel.. #langsuir #matspanaautoservice ♬ Nucytimes – Nucy 7 Time’S
4 hours ago
6



![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)









































