[VIDEO] Kemalangan Senawang: Saksi tampil buka mulut

6 days ago 10

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan saksi tampil menceritakan insiden kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Persiaran Senawang 1, berhampiran Matahari Height, Khamis lalu.

Dia menerusi menerusi satu rakaman video di muat naik di akaun TikTok Edy Noor Reduan mendakwa melihat sendiri kejadian tersebut kerana berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan ketika insiden itu terjadi.

“Saya nak beritahu motosikal yang keluar simpang itu tak salah langsung. Lampu tu saya nampak hijau, baru motosikal itu keluar dan dilanggar dengan dentuman yang sangat kuat, meletup dan diikuti dengan laungan Allahuakbar oleh orang di sekitar.

“Maaf saya lambat ceritakan perkara ini kerana saya agak trauma dengan apa yang telah berlaku. Saya ini baru ada keberanian untuk bercakap soal ini,” katanya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, dua remaja lelaki maut, manakala tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua motosikal dirempuh sebuah kereta kereta jenis Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Senawang 1.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss berumur 15 dan 16 tahun maut di lokasi kejadian.

Lelaki tersebut seterusnya mendakwa, dia masih trauma mengingatkan keadaan mayat selepas pelanggaran yang mengakibatkan bunyi dentuman kuat itu menyebabkan motosikal terbakar, manakala kereta melanggar pokok.

“Saya berada paling depan dekat lampu isyarat itu. Kejadian berlaku depan mata saya. Saya nampak, saya jadi saksi macam mana motosikal itu betul-betul ikut undang-undang.

“Motosikal yang keluar simpang, saya nampak lampu isyarat sebelah sana sudah hijau baru dia (motosikal) keluar dan dilanggar.

“Satu letupan berlaku depan mata saya. Umur saya panjang sebab kalau Honda Jazz itu mengelak ke kanan memang kena kereta saya dulu,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

@edynoorreduanKatanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya.. kelajuan, dentuman, letopan, kebakaran dan …♬ Last Hope – Steve Ralph
Read Entire Article
Pertanian | | | |