‘Penyondol? Tak boleh kawal, apa yang dah jadi, biarlah berlalu’

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Nama kembali disebut sebagai penyondol, pelakon Alya Iman sedar tidak mampu mengawal tindakan sesetengah pihak yang cuba menyelak sejarah hidupnya.

Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 24, menegaskan enggan ambil peduli perkara tersebut selain yakin orang sekeliling lebih mengenali dirinya.

“Bagi saya apa pun yang orang mahu libatkan nama saya, saya tidak boleh kawal. Apa yang sudah terjadi di masa lalu, biarkan berlalu.

“Saya tidak mahu komen lebih banyak dan tidak baca pun semua komen negatif. Segala hantaran pun kadang-kadang saya tidak baca.

“Jadi saya tidak tahu apa yang orang sedang cakap tentang diri saya. Asalkan orang sekeliling dan juga rakan media kenal siapa saya itu lebih penting,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum, semalam.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu yakin perkara tersebut tiada kena-mengena dengan cubaan menjatuhkan kariernya yang kini sedang meningkat naik.

“Saya tidak tahu mengenai itu dan tak rasa ada pihak cuba jatuhkan saya, wallahu’alam.

“Bagi saya rezeki milik tangan Allah, apa pun saya hanya buat yang terbaik.

“Saya percaya Allah akan menentukan segalanya walaupun pelbagai cara orang lakukan untuk menjatuhkan kita,” ujarnya.

Meskipun muncul gosip liar, perkara tersebut tidak memberi kesan kepada Alya dan dia akan terus memberikan yang terbaik dalam lakonan.

“Saya tak baca, gosip ini tidak penting dan tak memberi kesan kepada saya secara peribadi.

“Jika memberi kesan kepada kerjaya saya sekalipun, saya akan buat yang terbaik untuk buktikan pada semua bahawa saya mempunyai bakat yang besar,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Alya dipetik sebagai individu yang dikaitkan mempunyai sejarah menjadi orang ketiga.

Pada 2020, Alya mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang

Terdahulu, nama Alya Iman dipetik warganet sebagai individu yang dikaitkan mempunyai sejarah menjadi orang ketiga.

Malah, dia juga mengakui pernah mengikat tali pertunangan dengan individu terbabit namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020.

Dalam masa sama, dia tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |