UCL: Jangan dibuai mimpi indah – Flick

4 hours ago 2

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick mengharapkan anak-anak buahnya masih kekal fokus menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Inter Milan di Stadium Lluis Companys awal pagi esok.

Beliau tidak mahu pemain-pemain The Catalans masih dibuai dengan kejayaan muncul juara Piala Raja Sepanyol selepas menewaskan musuh tradisi, Real Madrid 3-2 di perlawanan akhir kelmarin.

Walaupun berada dalam kondisi terbaik ketika ini selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut, namun Flick percaya tempoh ‘bulan madu’ itu boleh berubah menjadi tragedi sekiranya terus dibuai mimpi indah.

Beliau memberikan peluang buat pemain-pemainnya untuk meraikan kemenangan ke atas Real, namun mereka perlu kembali memberikan sepenuh tumpuan sebaik sahaja kembali ke padang latihan nanti.

“Saya beri kebenaran kepada semua pemain untuk meraikan kemenangan itu tetapi selepas itu kami akan kembali kepada tugas sebenar. Aksi separuh akhir nanti pastinya lebih berbeza berbanding perlawanan lain.

“Inter Milan merupakan sebuah pasukan yang sangat kuat, jadi kami perlu perlu bersedia dan memberikan fokus 100 peatus pada perlawanan itu nanti. Sudah tentu saya mengharapkan keputusan positif untuk kami,” katanya.

Atas kertas, Barcelona dilabel sebagai pilihan untuk pertemuan pertama itu memandangkan Inter berada dalam keadaan tidak menentu ketika ini selepas mencatat tiga kekalahan berturut-turut.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak 12 kali dalam saingan Liga Juara-Juara dengan Barcelona mencatat enam kemenangan manakala Inter hanya menang dua kali ke atas gergasi La Liga itu.

“Saya sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pemain-pemain tidak kira dalam perlawanan apa sekali pun. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk menang walaupun sudah ketinggalan,” ujar Flick. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |