PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki terjun ke dalam longgokan pakaian di sebuah lokasi yang dipercayai menjual barangan terpakai meraih perhatian ramai selepas tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok, pemuda berkenaan dilihat sedang mencuba nasib memburu barangan ‘rare’ ketika menyelongkar pakaian bersama pengunjung lain.
Video tersebut turut memaparkan beberapa pencinta pakaian terpakai yang sedang mengerumuni longgokan baju bagi mendapatkan barangan vintaj yang diidamkan.
Di ruangan komen, ramai terhibur dengan tindakan lelaki tersebut yang terjun ke dalam longgokan kain.
“Yang terjun itu mahu suasana sahaja, bukannya nak baju pun,” komen @Shafit.
“Dia terjun ke dalam longgokan baju itu macam orang yang tengah berdiri itu air,” balas @Dante168_.
“Bukan main ya yang terjun tu, ini barulah betul-betul ‘menyelam’,” komen @MohBip. – KOSMO! ONLINE
@tvs_entertainment Risau tertarik baju kawan je tu nanti. 📹 meme.malaysia #TVSEntertainment #TVSViral #bundles #lelakiidaman #fyp #fypシ゚ ♬ original sound – TVS Entertainment