[VIDEO] Fattah dan Amira nikah, peminat yang sebak

4 hours ago 4

PETALING JAYA – Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman yang selamat bernikah pada malam ini turut mengundang sebak dan gembira dalam kalangan peminat.

Tinjauan pada platform TikTok mendapati, ia dihujani dengan pelbagai komen positif serta mendoakan pasangan tersebut agar dipermudah melayari alam rumah tangga.

Salah seorang pengguna TikTok @Cikindah911 menerusi hantaran video turut meninggalkan kapsyen sebak dengan berita gembira berkenaan.

“Alhamdulillah, tahniah Fattah dan Amira. We are happy for you (kami gembira untuk anda),” katanya serta meletakkan ikon gambar (emoji) air muka menangis.

“Sebak tengok Fattah. Yang baik-baik untuk anda berdua,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Kenapa aku nak nangis ni,” komen @Mirara.ker.

“Tak pernah kisah artis kahwin. Tapi yang ini entah aku sebak sangat-sangat. Terharu pun ada, semoga kekal ke syurga,” kata @Jaja.

“Ya Allah dalam banyak-banyak artis kahwin, ini paling sebak sebab banyak ujiannya,” kata @Suu.

Kosmo! hari ini melaporkan, dengan sekali lafaz, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman selamat bernikah kira-kira pukul 9.08 malam dalam sebuah majlis serba indah yang diadakan di Golden Palm Tree, Sepang.

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta lima dulang daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang hantaran sebagai simbolik penyatuan cinta mereka.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sambil disaksikan bapa Amira, Othman Abdul Kadir dan ahli keluarga yang lain.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017, namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

@unifiyourworld SAH! Alhamdulillah, Amira Othman sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan satu lafaz #SetulusTakdirFattahAmira #UnifiTV #Unifi ♬ original sound – Unifi Malaysia
Read Entire Article
Pertanian | | | |