PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki tua orang kurang upaya (OKU) berdiri di tengah laluan berhampiran tempat mengambil wuduk di dalam Masjid Mukim Paloh Rawa, Machang, Kelantan sambil membaca bacaan dalam solat mengundang insaf pengguna media sosial.
Menerusi hantaran video TikTok masjid tersebut, lelaki itu kelihatan tidak terurus pakaiannya dan dia dikatakan tidak sempurna akal.
Bagaimanapun orang ramai menginsafi perbuatan lelaki itu yang tetap hadir ke masjid walaupun dalam keadaan sedemikian.
Dalam video itu, lelaki OKU tersebut yang dilihat memakai baju-T serta kain dan berselipar berdiri seperti menunaikan solat serta membaca al-Fatihah dan surah al-Fil.
“Jangan hina mereka yang kurang sempurna kerana mereka mungkin dekat dengan tuhan. Di saat kita leka, mereka tetap ke masjid,” menurut kapsyen pada video Masjid Mukim Paloh Rawa.
Pada ruangan komen, ada pengguna TikTok memaklumkan mereka mengenali lelaki tersebut dan dia dipercayai tinggal di kampung berhampiran masjid berkenaan.
“Dia Napi berjalan merata-rata. Kadang-kadang dia azan, kadang-kadang dia baca bacaan dalam solat,” komen pengguna TikTok @Oghe Biasa Jah.
“Dia tak sempurna akal pun Allah gerak dia ke masjid. Kita ni yang normal pun tak pergi masjid kalau tak hari Jumaat,” komen Mohd. Ibrahim.
“Dia lupa siapa dirinya. Tapi dia tidak lupa siapa tuhannya, kita bagaimana?,” kata @Xaxauliaw. – KOSMO! ONLINE
@mhiarawi Jangan hina mereka yang kurang sempurna, kerana mungkin mereka lebih dekat dengan Tuhan. Di saat kita leka, mereka tetap ke masjid. #fyp #masjidpalohrawa ♬ original sound – MasjidMukimPalohRawaOfficial