[VIDEO] ‘Daddy love you mummy’

3 hours ago 2

PETALING JAYA – “Daddy love you mummy”. Demikian ungkapan kasih sayang pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim kepada isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Menerusi satu temu bual bersama wartawan semasa aksi Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Faisal yang dikenali sebagai Mickey meluahkan harapan berhubung rumah tangga mereka.

“Terima kasih kepada isteri saya Syazwani, jangan dengar mulut-mulut orang sangat. Kita stay (kekal) kita punya keluarga, insya-Allah apa-apa tak kena kita bincang, kita perbaikai apa yang kurang,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Faisal dan Nur Syazwani kembali menjadi suami isteri, berikutan pasangan terbabit mengambil keputusan dengan bersepakat untuk kembali berdamai dan menjalani hidup bersama.

Perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim, 27.

Justeru dengan penyatuan semula sebagai suami isteri, Nur Syazwani dijangka akan menarik balik permohonan cerai yang dikemukakan terhadap anak guamnya pada sebutan kes di Mahkamah Syariah Klang 16 Oktober ini.

Sebelum ini, Nur Syazwani memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah yang mana permohonan cerai itu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu perceraian secara baik.

Untuk info Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. – KOSMO! ONLINE

@fadhirul.shuhaimi🗣️ ‘Daddy love u Mommy…’ ❤️ Ungkapan Faisal Halim kepada isterinya, Nur Syazwani Mizuana Moga kekal berbahagia Mickey & keluarga 🤲🏼 Sesi temu bual saya bersama Mickey pasca perlawanan Piala FA yang berlangsung pada Sabtu.

♬ original sound – Fadhirul Shuhaimi

Read Entire Article
Pertanian | | | |