Tiga maut, empat cedera gara-gara ‘lori terbang’

2 days ago 4

BENTONG – Gara-gara ‘lori terbang’ menyebabkan tiga maut dan empat lagi cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu lori yang dalam perjalanan dari arah Kuantan itu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta jenis Honda Accord, kereta jenis Proton Waja.

Kenderaan lain yang turut terlibat dalam kejadian itu adalah kereta jenis Proton Saga dan kereta jenis Subaru.

Akibat kejadian tiga individu yang berada di dalam kereta jenis Honda Accord meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi di dalam kereta sama serta seorang pemandu lori mengalami kecederaan.

Kejadian kemalangan di Kilometer 50.7 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di Bentong hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, bomba yang sampai di lokasi kejadian pada pukul 5.20 petang
mendapati terdapat seorang lelaki dewasa dan dua wanita dewasa berada di dalam kereta jenis Honda Accord yang disahkan meninggal dunia.

“Pasukan bomba mula melakukan operasi dengan mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa seorang perempuan dewasa, satu kanak-kanak lelaki dan satu kanak-kanak perempuan di dalam kereta Honda Accord yang mengalami kecederaan telah diberikan perawatan awal dan dihantar ke Hospital Bentong,” katanya.

Menurutnya kes kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |