[VIDEO] ‘Keluarga kami terjun sungai, bahang panas sangat sampai kereta cair’

1 day ago 8

PETALING JAYA – Bahang api yang tersangat panas susulan kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi menyebabkan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam sungai.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan beberapa individu berada di dalam sungai di Kampung Tengah, Puchong bagi menyelamatkan diri.

“Penduduk lari turun ke pinggir sungai melambai mohon dibantu. Bahang api amat panas,” menurut kapsyen pada video tersebut.

Menerusi ruangan komen, ada pengguna media sosial dipercayai penduduk berkongsi pengalaman berdepan insiden tersebut.

“Saya berlari sambil memeluk tiga kucing. Alhamdulillah selamat,” komen pengguna TikTok dikenali sebagai Muhammad.

“Keluarga saya yang di sungai. Mak saya, adik-adik saya. Alhamdulillah keluarga saya dah selamat,” kata Caca_A17.

“Keluarga kami lah dalam sungai ni. Kereta cair di rumah. Kami terjun sungai selamatkan diri sebabkan bahang,” komen Nisamin.

“Kasihan penduduk Kampung Tengah. Macam-macam jadi kat sana. Kalau banjir pun sana terlibat juga, semoga semua dipermudah segala urusan dan banyakkan bersabar,” ujar StaySmile888.

Kosmo! melaporkan, kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dipetik berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sedang dilakukan berikutan kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam. – KOSMO! ONLINE

@jalanan_berduri Ya Allah panasnya bahang penduduk lari ke pinggir sungai minta pertolongan #bomba #penduduk #kgtengahpuchong #doa #petronas #kebakaran #depo #saluranpaip #puchong #fyp #fypシ゚ ♬ bunyi asal – pinguin cute – 🔱💍it’sMeJannah💍🔱
Read Entire Article
Pertanian | | | |