[VIDEO] Orang ramai serbu PBAKL

1 day ago 9

PETALING JAYA – Ramai pengunjung berpusu-pusu keluar dari Stesen LRT PWTC menuju ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam menyebabkan kesesakan dan barisan panjang di kawasan sekitar.

Menerusi hantaran oleh pemilik akaun @siapaniha, kelihatan lautan manusia memenuhi tangga dan laluan jejantas yang menghubungkan Sunway Putra Mall ke lokasi pesta buku, sekali gus mencerminkan sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap acara tahunan itu.

“Teruskan budaya membaca ya adik-adik,” kata pemilik akaun itu dalam kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai kagum dengan kehadiran luar biasa pengunjung ke pesta tersebut, walaupun sering kali terdapat tanggapan bahawa rakyat Malaysia semakin kurang minat membaca.

“Ramai cakap rakyat Malaysia dah tak rajin membaca, tapi pesta buku PWTC tak pernah nak kurang manusianya tahu tak,” komen @Hunny_02.

“Nak turun tangga jejantas Sunway Putra Mall ke PWTC tu pun beratur ya,” kata @beban.

“Pergi semalam ingat biasa je sebab dah nak hari akhir, sekali ramai ya,” ujar @Kyy_flyhi

Hari ini merupakan hari terakhir PBAKL 2025 yang telah berlangsung sejak 23 Mei lalu dengan penyertaan ratusan pempamer dari dalam dan luar negara, serta pelbagai aktiviti berkaitan industri buku. -KOSMO! ONLINE

@siapaniha Btw teruskan budaya membaca yeeee adik adikkk 🫶🏻🫶🏻 lurvee #pbakl2025 #fyp ♬ original sound – gitzkyyy
Read Entire Article
Pertanian | | | |