Tiga penjenayah terbabit kes bunuh ditembak mati

2 months ago 91
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 4 Disember 2024, 3:31 pm
Tiga penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Beverly Hill, Penampang, Sarwak malam tadi. Foto Ivan Amirul/ Kosmo!

PENAMPANG – Tiga penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Beverly Hill malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.13 malam, kesemua suspek lelaki dipercayai terlibat beberapa aktiviti jenayah termasuklah kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, sepasukan anggota serta pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di apartment di tingkat satu ekoran daripada maklumat diperolehi.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pasukan polis di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |