Kebakaran saluran gas: 100 mangsa terima rawatan setakat 6 petang

1 day ago 10

PUTRAJAYA- Seramai 100 mangsa kebakaran saluran gas berdekatan Putra Heights, Puchong, Selangor telah menerima rawatan di hospital sekitar Lembah Klang setakat pukul 6 petang tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu melibatkan 12 orang dengan tag merah, 50 orang (tag kuning) dan 38 orang (tag hijau).

“Daripada jumlah itu, seramai 14 mangsa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Putrajaya selain 28 orang di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Selain itu, 25 orang mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya, Hospital Hospital Ampang (1) dan Hospital Kajang (2),” katanya hari ini.

Selain itu, Subang Jaya Medical Centre telah menerima 22 kes selain Hospital Thomson (1), Avisena Specialist Hospital (5) dan Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau (2).

“Setakat ini keadaan adalah terkawal di tempat kejadian dan hospital kerajaan di Lembah Klang masih mampu menerima kes-kes berikut buat masa ini.

“Ia sama ada yang datang dengan ambulans atau secara sendiri (walk-in) ke ETD,” katanya.

Terdahulu, Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (MECC) Putrajaya telah mengaktifkan lapan pasukan perubatan daripada pelbagai hospital di Lembah Klang untuk memberikan respon di tempat kejadian.

“Dua daripada pasukan ini diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan (level 1 responder) terdiri daripada lima kakitangan Hospital Ampang dan Hospital Serdang,.

“Empat pasukan lagi diketuai oleh Pegawai Perubatan (level 2) daripada Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Kajang, Hospital Shah Alam, Hospital Banting dan Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang,” kata KKM.

Menurut KKM, pasukan itu ditempatkan di tiga lokasi pusat pengumpulan mangsa bersama-sama dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |