Sanggup pura-pura mati demi kumpul dana sumbangan

1 day ago 8

BANGKOK – Seorang remaja di rantau Isaan, wilayah Udon Thani memalsukan kematian ibunya bagi mengumpul dana sumbangan daripada orang ramai, lapor laman berita Thaiger.

Menurut ketua penduduk setempat, Sisawat Phodhiwat, dia mendapat panggilan telefon daripada guru remaja tersebut yang dikenali sebagai Ice, 18, untuk memaklumkan mengenai kematian ibu pelajar berkenaan.

Sisawat berasa kehairanan kerana kebiasaannya, dia akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang kematian dalam kawasannya.

Ice bagaimanapun sudah berkongsikan gambar-gambar yang memaklumkan mengenai kematian ibunya di laman sosial selain mengadakan ‘majlis pengebumian’ di rumah mereka.

Guru-guru dan rakan-rakan Ice menghadiri acara tersebut serta mengumpul dana sumbangan untuk meringankan bebannya.

Ice mendakwa bahawa menurut pesanan terakhir ibunya, wang itu perlu dibelanjakan untuk menyambung pengajiannya.

Bagaimanapun, ketika Sisawat menziarahi rumah remaja tersebut, datuk dan neneknya memberitahu bahawa majlis pengebumian itu adalah sebahagian daripada tugasan yang diberikan oleh gurunya.

Mereka juga mengaku bahawa ibunya tidak mati, malah, mereka meletakkan beberapa tandan buah pisang di dalam keranda.

Guru Ice menolak dakwaan itu ketika ditanya dan membongkar cerita mengenai dana sumbangan yang mereka berikan.

Setelah disoal kedua-dua pihak, Ice dan keluarganya berkata, majlis pengebumian palsu itu sebahagian daripada upacara untuk menghalau hantu.

Neneknya juga meminta maaf kerana tidak memberitahu perkara sebenar.

Selepas perkara itu terbongkar, Ice mendaftar diri untuk menjadi sami Buddha, manakala guru dan rakan-rakan membuat keputusan untuk memaafkannya dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |