Bayan Collection perkenal sejadah DIY untuk kanak-kanak

4 hours ago 3

PETALING JAYA – The Bayan Collection My Enterprise baru-baru ini memperkenalkan inovasi terbaharu, Colour Your Own Sejadah iaitu sejadah interaktif yang membolehkan kanak-kanak mewarna ilustrasi masjid pada sejadah, sambil mempelajari cerita di sebaliknya.

Pelancarannya yang dibuat di rumah kebajikan anak-anak yatim Baitul Al-Hilmi turut menghimpunkan kanak-kanak dari sekolah berhampiran, masing-masing menerima sejadah mereka sendiri.

Pertandingan mewarna turut diadakan pada majlis pelancaran, memberikan kanak-kanak dan orang dewasa pengalaman praktikal produk.

Setiap sejadah mempunyai reka bentuk indah tapak suci dan bersejarah seperti Kaabah, Masjid Al-Aqsa, Hagia Sophia, serta Masjid Quba, yang dipadankan dengan pen warna bukan toksik dan kad pelajaran bagi menggabungkan unsur seni, pendidikan, serta kerohanian untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Majlis pelancaran di Slim River, baru-baru ini dimeriahkan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Pangasas Bersama Bayan Collection, Haaziq Ali berkata, usaha itu merupakan satu inisiatif untuk berkhidmat kepada ummah, melangkaui sekatan bahasa dan bangsa.

“Kami hanya sekumpulan orang biasa yang cuba melakukan sesuatu yang kami harapkan bermanfaat untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Bermula sebagai projek Ramadhan di Malaysia dan Singapura, Colour Your Own Sejadah telah berkembang menjadi produk global, kini tersedia di Malaysia, Singapura, Trinidad dan Australia, dengan New Zealand bakal menyusul tidak lama lagi.

Ia salah satu daripada beberapa tawaran oleh Bayan Collection, yang turut menjalankan program bantuan korban, kit cerita Islamik, dan kandungan kreatif untuk membantu keluarga mendalami ajaran Islam dengan cara yang menggembirakan dan mudah diakses.

Maklumat lanjut di www.thebayancollection.com. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |