Ribut petir, hujan lebat di lima negeri pagi ini

4 hours ago 1
Gambar hiasan
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 12 September 2025, 8:22 am

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan hingga pukul 10 pagi ini.

“Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Bahar di Kedah, seluruh negeri Pulau Pinang dan Kerian dan Larut, Matang dan Selama di Perak,” katanya.

Amaran kawasan lain termasuk Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri di Sarawak dan Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau) di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |