‘Hilang semangat nak raya…suami saya paling membosankan dalam dunia’

1 day ago 6

PETALING JAYA – “Saya ada suami yang paling boring (membosankan) dalam dunia ni. Ajak beli baju raya, tak nak. Ajak pergi bazar raya pun tak nak. Ajak hias rumah sikit-sikit pun tak nak. Ajak cari barang-barang raya, nak masak sedap sikit pun tak nak.”

Itu luahan seorang wanita yang kecewa kerana memiliki suami yang disifatkan paling membosankan dalam dunia selama 16 tahun hidup bersama.

Katanya, dia sudah hilang semangat untuk menyambut Aidilfitri disebabkan suaminya itu tidak memberikan kerjasama, mahupun teruja membuat persediaan bersama-sama keluarga.

“Saya tak tahu nak mengadu pada siapa dah. Masalah saya, saya hilang dah semangat nak raya, hilang harapan dan hilang dah rasa seronok nak raya. Anak ada empat orang. Paling besar 15 tahun, paling kecil, tiga tahun. Yang dua orang lagi 13 dan sembilan tahun.

“Pasang lampu raya pun tak nak. Beli daging pun tak nak. Ambil gambar raya pun tak nak. Beli kuih raya pun tak nak, apa pun dia tak nak,” luah wanita itu di media sosial.

Katanya, dia terpaksa berdepan dengan sikap suamimya yang sepanjang Ramadan, selain berpuasa hanya tahu ‘menghadap’ telefon bimbit, tidur dan mandi sahaja.

“Selama 16 tahun kahwin, saya yang buat, ‘set up’ semua benda. Tak ada satu pun barang-barang rumah yang dia susun, semuanya hasil kerja saya.

“Saya dah penat. Penat yang teramat sangat. Saya hanya nak motivasi untuk bangkit semula,” tambahnya.

Luahannya itu sekali gus mengundang rasa tidak puas hati rata-rata orang ramai.

“Dah semua tak nak…letak kat stor saja la kak,” komen Syukri Awang.

“Dengar saja pun dah bosan,” selar Junaina Mohsin.

“Cuba buat relaks ja sekali. Tak payah buat apa-apa. Biar sampai dia tanya, ‘Eh, tak buat apa-apa nak raya?’ dan tanya balik, ‘Nak buat apa?’,” cadang netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |