Selisih faham dengan ibu, remaja lari sampai KL

5 hours ago 3
  • Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
  • 18 Julai 2025, 10:11 am
REMAJA perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Iskandar Puteri, Johor Bahru ditemukan selamat di Kuala Lumpur, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang dari kediaman keluarga di sini sejak Isnin lalu ditemui dengan selamat di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, remaja perempuan bernama Sue Fariedaa itu ditemukan, semalam.

“Makluman orang hilang telah ditemui pada 17 Julai dalam keadaan selamat di kawasan Kuala Lumpur. Punca keluar rumah kerana selisih faham dengan ibunya,” katanya ringkas.

Terdahulu, ahli keluarga remaja terbabit melapor kehilangannya di Taman Nusantara, Gelang Patah di sini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |