PETALING JAYA – Kekasih kepada pelakon Emma Maembong dikenali sebagai DJ Kidd mempertahankan tindakan teman wanitanya itu berkunjung ke sebuah kelab malam di Sarawak demi menyokong kerjayanya sebagai seorang disc jockey atau DJ.
DJ Kidd atau nama sebenarnya, Nur Irfan juga menyokong Emma dengan menyatakan mana-mana pihak tidak perlu mengaburkan wajahnya sedangkan memang terang-terangan wanita itu berada di lokasi tempatnya mencari rezeki.
“Tak perlu blur-kan (kaburkan) muka pun. Biarlah dia nak sokong bakal suami dia ‘spin’.
“Tunggu saya jadi nelayan nanti, saya bawa dia pergi sungai pula,” demikian getus lelaki berkenaan dalam satu komen di media sosial.
Terdahulu, Emma atau nama lengkapnya, Fatimah Rohani Ismail, 34, mengakui bahawa dia merupakan selebriti wanita yang berkunjung di sebuah kelab malam di Sibu, Sarawak.
Tangkap layar komen kekasih Emma Maembong dikenali sebagai DJ Kidd yang bekerja sebagai seorang DJ kelab malam.Emma berkata, dia menyedari dirinya dirakam pengunjung lain namun dia membiarkan sahaja memandangkan dia sendiri rela hati masuk ke tempat tersebut dengan gembira serta dijaga oleh pengawal.
Emma turut mempersoalkan tindakan pihak yang mengaburkan wajahnya dalam beberapa hantaran sebelum ini.
“Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu.
“Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya.
“Orang-orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat,” ujar pelakon drama Seribu Tahun itu.
Sejak tahun lalu, Emma kian terbuka mendedahkan hubungan istimewanya dengan DJ Kidd, namun menafikan sudah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan umum. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3






![[VIDEO] ‘Dah salah, lagi nak tunjuk gengster tahi kucing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/samseng.jpeg)










































