‘Saya perlu RM110,000 untuk selamatkan anak’

3 hours ago 3

SEBERANG PERAI – Seorang ba­yi lelaki yang baru dilahirkan memerlukan sumbangan seba­nyak RM110,000 bagi menjalani pembedahan jantung dengan kadar segera.

Bayi itu, Abdullah Mubarak Ha­bib Muhmud yang berasal da­ri Pulau Pinang menghidap pe­nyakit jantung kongenital yang dikesan sejak dalam kandungan ibunya.

Bapanya, Habib Mahmud Mohd Salim, 29, berkata, dia dan is­teri, Sles Roza, 25, telah ber­se­dia dengan sebarang kemungki­nan apabila doktor memak­lum­­kan ba­yinya mengalami ke­ca­ca­tan jantung ketika usia kan­­dungan enam bulan.

Katanya, Abdullah Mubarak kemudian lahir menerusi pembedahan caesarean dengan berat 2.73 kilogram semasa usia kan­dungan ibunya 36 minggu berikutan keada­an yang tidak stabil.

“Seluruh badan bayi kami kebiruan (sianosis) selepas dilahirkan dan segera dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk mendapatkan oksigen tam­bahan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan dia menghidap kecacatan jantung kongenital yang kompleks.

“Abdullah Mubarak kini hanya mampu bertahan dengan bantuan oksigen dan perlu menjalani pembedahan dalam tempoh tiga minggu ini untuk selamatkan nyawanya,” katanya ketika ditemui di sini.

Habib Mahmud yang beker­ja sebagai guru agama swasta berkata, dia terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan ber­kenaan kerana dia hanya mampu menyediakan RM3,000.

“Kami memerlukan lagi RM110,000 bagi merealisasikan pembedahan tersebut de­ngan segera.

“Isteri saya pula hanya seorang suri rumah dan kami turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi ba­dan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau ber­kata, pihaknya bersetuju membantu mengumpul baki kos pembedahan.

“Difahamkan, pembedahannya di­jadualkan pada 23 September ini dan kita akan serahkan sumbangan sebanyak RM10,000,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan derma, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3193433435) selain menerusi laman web rasmi www.onehopecharity.org.

Read Entire Article
Pertanian | | | |