Program Licensing Tuisyen Online jana pendapatan tambahan buat ibu bapa

2 hours ago 3

SHAH ALAM – Ibu bapa yang men­daftarkan anak-anak mereka dalam program Math Expert ba­­kal memperoleh pendapatan tam­­bahan atas usaha mereka mem­bantu mempromosikan per­­khidmatan kelas tuisyen tersebut melalui Program Licensing Tuisyen Online.

Ini adalah satu kaedah baharu hasil idea dan kreativiti empat pakar pendidikan yang memiliki pengalaman luas dalam bidang tersebut yang mahu membantu anak-anak khususnya pelajar sekolah rendah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih efektif selain ibu bapa mendapat wang saku perbelanjaan bulanan.

Program ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam industri pendidikan di negara ini hasil gabungan kerjasama daripada tiga individu penting dari pusat tuisyen iaitu Aster Edu, Maths Catch dan Fateh Intelligence.

Mereka  terdiri daripada Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri; Pakar Strategi Belajar, Pengetua Maths Catch, Cikgu Rajaei dan Penge­tua Fateh Intelligent, Ticer Liya, manakala kekuatan empayar itu disokong oleh Pakar Strategi Be­lajar berpengalaman iaitu Dr. Shukri Abdullah.

Keempat-empat mereka memiliki misi untuk bersama-sama memperkasa penguasaan subjek matematik dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, Shahrin me­nerangkan, yuran yang dikenakan untuk program Math Expert adalah RM89 sebulan dan selepas bayaran dibuat, ibu bapa secara automatik telah diberikan satu link dan ID untuk dikongsikan berhubung program tersebut kepada tiga lagi individu lain yang berminat mahu mendaftarkan anak mereka ke program itu.

Selepas itu, sejumlah bayaran, sebagai contoh hasil RM10 yang telah ditetapkan oleh pihak pe­ngurusan program itu akan me­min­dahkan wang berkenaan ke dalam akaun ibu atau bapa pe­lajar tersebut.

Proses mema­sukkan wang yang sama akan dilakukan kepada peserta ibu bapa yang lain yang berminat.

“Perkongsian promosi ini akan mempercepatkan lagi proses menghebahkan manfaat program ini kepada lebih ramai ibu bapa di luar sana, melalui sistem yang telah dibangunkan dengan sistem keselamatan yang kukuh.

Syarikat mengunjurkan bi­langan pelajar program tui­syen ini boleh bertambah kepada 100,000.

“Buat masa ini, kami memiliki seramai 6,000 pelajar khususnya daripada sekolah rendah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di sini baru-baru ini.

Shahrin menerangkan, program itu disasarkan bukan sahaja kepada golongan ibu bapa tetapi kepada bekas guru yang memiliki sekumpulan pelajar yang masih mahu mendapat bim­bingan daripadanya dan juga pengusaha pusat tuisyen.

Tambah beliau, berdasarkan contoh daripada seorang bekas guru yang melihat ini satu potensi perniagaan, dia telah menggunakan peluang yang diberikan oleh program ini sehingga mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |