Polis kesan kereta Kia Forte putih

4 hours ago 5
Kenderaan Kia Forte berwarna putih ketika dikejar kenderaan peronda trafik di kawasan Bandar Eco Majestic, Kajang.
  • Oleh MOHD FAHMI BIN ISMAIL
  • 16 Ogos 2026, 6:04 pm

KAJANG – Sebuah kereta jenis Kia Forte putih dapat meloloskan diri selepas dikejar anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di kawasan Bandar Eco Majestic, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.31 pagi.

“Polis mengesan satu rakaman video memaparkan kejadian itu yang tular di platform Threads. Kereta Kia Forte berwarna putih itu dipandu individu tidak dikenali, manakala nombor pendaftarannya tidak jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 bagi membantu siasatan.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |