SERDANG – Danish Ifthikar Muhammad Roslee dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira muncul pelari terpantas Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 selepas masing-masing memenangi pingat emas acara 100 meter (m) lelaki dan wanita di Stadium Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM), sebentar tadi.
Danish yang membawa cabaran Johor tampil paling pantas dalam final 100m lelaki apabila melakukan catatan 10.27 saat (s) untuk menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen negeri itu.
Saingan merebut gelaran manusia terpantas Sukma berlangsung sengit apabila wakil Kedah, Muhammad Umaira Subri memberikan tentangan rapat sebelum meraih perak dengan catatan 10.31s.
Seorang lagi pelari Kedah, Muhammad Dzul Danish Jamari pula melengkapkan podium apabila membawa pulang gangsa selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan 10.37s.
IZZATUL Musfirah Ahmad Kamal Azira merangkul pingat emas acara 100 meter (m) wanita di Stadium Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAKDalam saingan 100m wanita, Izzatul mengesahkan statusnya sebagai ratu pecut Sukma apabila atlet Terengganu itu memecut pantas untuk meraih emas menerusi catatan 11.73s.
Wakil tuan rumah, Lim Mei Yin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas merekodkan 11.96s, manakala Alvinia Aivie Jackly dari Sarawak meraih gangsa dengan catatan 12.07s.
Kejayaan tersebut menyaksikan Danish dan Izzatul muncul dua pelari terpantas pada Sukma Selangor 2026, sekali gus menghadiahkan masing-masing satu pingat emas buat Johor dan Terengganu menerusi acara tumpuan olahraga itu. KOSMO! ONLINE

5 hours ago
5













































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)


