Azeez
- Oleh BERNAMA
- 16 Ogos 2026, 5:40 pm
PETALING JAYA – Anak bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial bahawa bapanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.
Mohamed Khairul Azman dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, bapanya berada di rumah dan sedang berehat.
Kenyataan lelaki itu sekali gus menyangkal laporan tidak sahih berhubung penahanan pemimpin politik berkenaan berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
“Untuk mereka yang bertanyakan khabar, saya mengucapkan terima kasih dan untuk makluman, ayah saya (Abdul Azeez) masih di rumah sedang berehat.
“Semoga segala-galanya dipermudah dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti,” katanya. – Bernama

5 hours ago
5













































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)


