
![]()
PETALING JAYA – Penantian sebuah keluarga selama tiga hari berakhir apabila anak perempuan berusia 17 tahun yang hilang selepas keluar dari rumah di Taman Jasmin, di sini Khamis lalu dijumpai dalam keadaan selamat pagi tadi.
Ibu remaja itu, Rabiatul Adawiyah, 34, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan anaknya, Farzanah Nabila sudah ditemui.
“Alhamdulillah, pagi ini saya bangun dengan menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan anak sudah ditemui dalam keadaan selamat.
“Terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung membantu sehingga anak saya ditemukan.
“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua atas doa-doa yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads hari ini.
Media sebelum ini melaporkan keluarga seorang remaja perempuan meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Farzanah Nabila yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Taman Jasmin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan berkata, orang hilang berkenaan berjaya ditemukan semula kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di rumah rakannya di kawasan Jade Hills, Kajang. – KOSMO! ONLINE
The post Farzanah Nabila ditemui selamat appeared first on Kosmo Digital.

4 hours ago
5













































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)


