Pemandu terselamat, suspek lepas tembakan pada cermin kereta

7 hours ago 3
  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 1 Julai 2025, 9:28 pm
Keadaan pacuan empat roda mangsa yang terkena tembakan di hadapan sebuah sekolah di Butterworth, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu pacuan empat roda dikatakan terselamat dalam kejadian tembakan dari luar kenderaannya ketika berada di hadapan sebuah sekolah di Butterworth, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki terbabit sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah.

Suspek dikatakan telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin kereta bahagian pemandu.

Keadaan pacuan empat roda mangsa yang terkena tembakan di hadapan sebuah sekolah di Butterworth, petang tadi.

Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |