Nak satukan anak Kedah, malangnya tak kesampaian

18 hours ago 8

DIRENCANAKAN sebagai sebuah acara yang bakal meninggalkan memori indah, Kedah Nite 2026 anjuran Persatuan Rantauan Warisan Kedah (Waris Kedah) dengan sebal terpaksa mengumumkan penundaan program yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini.

Presiden Persatuan Rantauan Warisan Kedah (Waris Kedah) selaku penganjur, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira masa yang tidak sesuai.

“Penangguhan ini dibuat susulan kekhilafan dalam pemilihan tarikh asal yang bertepatan dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Sedangkan ketika itu ramai dalam kalangan masyarakat Cina pulang ke kampung halaman bersama keluarga masing-masing untuk meraikan perayaan itu selain hampir dengan Ramadan.

Keputusan penangguhan ini adalah sebagai langkah menghormati keselesaan, komitmen dan penyertaan semua tetamu kehormat serta pihak berkepentingan,” katanya.

Katanya, Waris Kedah kekal komited untuk menjayakan Kedah Nite sebagai platform bagi jaringan kepimpinan, perniagaan dan pemerkasaan warisan negeri Kedah.

Awalnya, Waris Kedah mengumumkan majlis makan malam terbabit yang mengumpulkan tokoh korporat, orang kenamaan, selebriti kelahiran Kedah dan anak Kedah di rantauan.

Program yang dirangka berlangsung di Matrade tersebut itu dijangka dijadikan acara tahunan bagi mengeratkan silaturahim selain membina jaringan strategik dalam kalangan anak watan negeri berkenaan dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, inisiatif itu juga selari dengan titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu melihat warga negeri itu kembali menyumbang khidmat bakti kepada tanah tumpah darah mereka.

“Penganjuran majlis makan malam ini bertujuan menyatukan kepimpinan serta tokoh berpengaruh kelahiran Kedah dalam satu acara yang bermakna dan berimpak.

“Kami harap ramai anak Kedah yang berada di seluruh pelosok tempat termasuk di luar negara dapat bersama-sama merealisasikan acara ini,” katanya pada sidang media pengumuman Kedah Nite 2026, baru-baru ini.

Zaienal berkata, sebanyak 800 tempat disediakan pada majlis makan malam berkenaan yang dibuka kepada anak Kedah.
Ujarnya, majlis makan malam terbabit mendapat tajaan penuh Kumpulan Weststar dengan Pengarah Urusannya, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim bertindak sebagai penaung.

Kerabat

Katanya, acara itu turut dijangka diserikan dengan keberangkatan kerabat diRaja Kedah serta kehadiran jemputan kenamaan lain.

Menurut Zaienal, Waris Kedah meletakkan sasaran jelas supaya penganjuran Kedah Nite 2026 memberi impak positif terhadap pembangunan negeri.

“Acara ini juga berperanan sebagai platform strategik jangka panjang bagi pertukaran idea, kerjasama pelaburan serta inisiatif ekonomi sosial,” katanya.

cara tersebut diharapkan dapat dilestarikan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Read Entire Article
Pertanian | | | |