Lelaki mengaku cederakan bayi dengan pisau dipenjara 23 bulan

1 week ago 13

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Vietnam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk cuba mencederakan bayi berusia 11 bulan menggunakan pisau, 9 Ogos lalu.

Tertuduh, Nguyen Minh Hoa, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Vietnam di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap dua lelaki masing-masing warga tempatan dan Nepal menggunakan sebilah pisau di Pasaraya Billion Telaga Air di sini, pukul 1 tengah hari.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa cuba mendatangkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 11 bulan menggunakan sebilah pisau di lokasi dan masa sama.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa mencuri udang, ketam merah, kerang, ikan cencaru dan ayam bernilai RM180 milik pasar raya berkenaan pada pukul 12.35 tengah hari pada hari sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa tinggal di negara ini selepas tamat pas lawatan pada 18 Oktober 2024 iaitu 9 bulan 22 hari tanpa alasan munasabah, satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Nor Aziah Hasan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM20,000 bagi pertuduhan pertama hingga ketiga dan akan dipenjara 23 bulan sekiranya sekiranya gagal bayar.

Bagi pertuduhan empat dan kelima, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |