La Liga: Mbappe terus jadi wira Real Madrid

3 hours ago 4
Mbappe (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi La Liga awal pagi tadi. - Foto FB Real Madrid
  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 14 September 2025, 10:09 pm

SAN SEBASTIAN – Pengendali Real Madrid, Xabi Alonso mengakui teruja apabila pasukan meraih kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan Real Sociedad 2-1 dalam aksi Serie A di Stadium Reale Arena awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, beraksi dengan 10 pemain selepas Dean Huijsen dilayangkan kad merah tidak menghalang The Galacticos untuk mencuri tiga mata dengan Kylian Mbappe dan Arda Guler mencetak nama selaku penjaring.

Kata Alonso, keputusan tersebut cukup positif kerana pasukan sememangnya terdesak untuk mengekalkan rekod sempurna dalam saingan domestik awal musim ini.

“Saya gembira kita dapat melakar kemenangan keempat berturut-turut, tetapi saingan baru sahaja bermula. Kita tidak boleh terlalu selesa kerana masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

“Cuma, buat masa ini saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pasukan dan beberapa keputusan yang kita raih musim ini menjadi bukti bahawa mereka bekerja keras untuk berada pada tahap sekarang,” katanya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |