Kompleks beli-belah, pasar raya Terengganu tutup 1 Syawal

2 days ago 5
  • Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
  • 30 Mac 2025, 12:11 pm
Kompleks beli-belah Mayang Mall, Kuala Terengganu antara premis perniagaan yang menutup operasi sementara pada 1 Syawal ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan semua kompleks beli-belah, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negeri ini menutup operasi sepenuhnya pada 1 Syawal ini.

Restoran makanan segera, kedai serbaneka dan kedai perkakas rumah pula dibenarkan membuka perniagaan selepas pukul 1 tengah hari pada hari sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, dan Kesihatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penutupan operasi perniagaan tersebut bertujuan memuliakan ketibaan Hari Raya Aidilfitri pertama.

“Ia juga memberi laluan kepada pekerja premis perniaagan terbabit yang beragama untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan meluangkan masa meraikan 1 Syawal bersama keluarga masing-masing.

“Arahan ini perlu dipatuhi dan sebarang kegagalan boleh dikenakan tindakan perundangan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat, katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Wan Sukairi berkata, notis berkaitan arahan penutupan sementara operasi tersebut telah diedarkan kepada semua pengurusan premis terlibat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |