KUALA LUMPUR – Kagum dengan keajaiban sarang burung but but yang digunakan dalam rawatan tradisional turun temurun datuk nenek dan orang kampung, telah memberi inspirasi kepada Pengasas syarikat Rixzqeen Enterprise, Siti Normah Haron untuk mengkomersialkan kelebihan herba tradisional itu agar ia dapat diperluaskan serta digunakan sebagai salah satu rawatan alternatif khusus kepada kumpulan sasarannya
Wanita yang berasal dari Melaka ini memilih pati minyak tersebut sebagai bahan utama untuk diformulasikan dengan beberapa herba terpilih yang memiliki keistimewaannya tersendiri.
Menurut beliau, minyak herba ini asalnya dipasarkan secara kecil-kecilan bermula 2019 setelah melepasi ujian makmal dan mendapat dua kelulusan daripada farmaseutikal serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Jelasnya, bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan produk tersebut, ia diproses bersama pati herba tongkat ali, halia, gamat, daun bidara, habbatus sauda dan serai wangi.
Tambahan pula, produk ini telah dikeluarkan oleh kilang bertaraf amalan kilang terbaik (GMP) seterusnya dikomersialkan melalui jenama Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas.
Sebelum dijual di pasaran, Siti Normah, 55, telah mencuba terlebih dahulu produk berkenaan ke atas dirinya yang mana ketika itu mengalami masalah sakit kaki berbulan-bulan akibat terseliuh buku lali dan sukar berjalan.
Pada mulanya, beliau juga agak skeptikal terhadap produk herba itu tetapi setelah mencuba membuat urutan selama dua hari berturut-turut, beliau amat kagum kerana proses penyembuhannya agak cepat dan seterusnya mampu berjalan, cergas serta aktif seperti sedia kala.
Menjadikan pengalaman berharga itu sebagai modal dan testimoni terbaik, beliau mula mempromosikan Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas di pasaran secara online dengan niat dan tekad berkongsi ilmu serta maklumat dengan masyarakat yang mungkin mengalami masalah yang sama.
Siapa sangka rezeki di sebalik pandemik yang melanda negara sehingga berjaya meledakkan jualan secara online semasa pandemik lalu, turut memberi kesan kepada usahawan ini yang mendapat maklum balas dan reaksi positif apabila beberapa pengguna membuat pembelian ulangan.
Malahan ada yang membeli dalam kuantiti yang banyak untuk diagihkan kepada keluarga dan kenalan setelah yakin dengan kesan rawatan yang digunakan.
“Dari situ, saya semakin bersemangat untuk menawarkan produk ini kepada lebih ramai orang dan ternyata platform media sosial pada masa itu sangat membantu dalam mempromosi dan meningkatkan jualan syarikat,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ilmu yang dikongsinya dengan testimoni positif daripada pelanggan membuatkan beliau tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan khususnya daripada golongan warga emas, ibu bapa dan mereka yang mengalami masalah sendi dan saraf.
Penggunaannya amat mudah, cepat meresap, tidak panas dan tidak melekit.
Bau harum daripada campuran herba ini juga menjadikan aroma terapi yang menenangkan minda.
Lebih menarik, ia juga merupakan pakej yang sesuai untuk bakal ibu atau ibu-ibu berpantang yang menggunakan minyak urutan bagi proses pemulihan selepas bersalin.
Amat sesuai juga untuk disapu pada bayi bagi mengelakkan kembung perut di samping memberi kehangatan semulajadi.
“Ramai kalangan mereka yang bekerja membeli minyak terapi ini meminta untuk diposkan kepada ibu bapa di kampung atas faktor kesibukan kerja dan tidak sempat untuk pulang ke kampung menziarah ibu bapa dan saudara yang sakit.
“Kebanyakan mereka sangat lega dan gembira apabila ibu bapa mereka kembali sihat, malah mampu berjalan ke masjid dan solat tanpa menggunakan kerusi,” jelasnya.
Jualan telah mencecah lebih daripada 10,000 botol sebulan dan kini produknya terus mendapat keyakinan yang baik daripada kumpulan sasaran, sehingga mengunjurkan untuk menjual lebih daripada 100,000 botol menjelang akhir tahun.
Siti Normah menerangkan, berdepan dengan persaingan sengit dalam menawarkan produk jualan di platform online memerlukan kegigihan yang tinggi dengan pelan perancangan yang betul, bagaimanapun beliau mengakui Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas memiliki pasarannya tersendiri.
Meskipun agak tertekan dengan perang harga dan lambakan produk jualan di pelbagai platform online, namun beliau tetap positif.
“Itu adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan, setiap produk memiliki keistimewaan sendiri, apa yang perlu adalah perancangan pemasaran yang tepat dan kumpulan sasaran yang betul,” ujarnya.
Tambah beliau, selain mahu membantu lebih ramai masyarakat hidup sihat mengamalkan Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas, beliau juga mahu membantu usahawan baharu yang mahu menambah pendapatan bulanan dengan menjadi sebahagian daripada team promosi serta jualan produk berkenaan.
“Lebih menarik lagi, saya mahu membantu kumpulan yang sedang membuat perancangan untuk bersara daripada kerjaya masing-masing bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain mengisi masa lapang menjual produk ini.
“Sambil mengamalkan produk ini secara luaran untuk mencergaskan tubuh badan, testimoni positif tersebut boleh dijadikan modal untuk menarik lebih ramai pembeli,” jelasnya.
Tambah beliau, ini bukan sahaja dapat membantu menambah pendapatan bulanan tetapi juga dapat meluaskan rangkaian perkenalan dengan lebih ramai orang.
“Sambil mengamalkan produk ini secara luaran untuk mencergaskan tubuh badan, testimoni positif tersebut boleh dijadikan modal untuk menarik lebih ramai pembeli.
“Jadi kumpulan pesara tidak perlu berasa sunyi selepas ini kerana memiliki rangkaian usahawan dan pelanggan yang menyokong, selain tidak perlu risau dengan bajet bulanan kerana hasil jualan produk ini dapat membantu menampung perbelanjaan bulanan,” ujarnya.
Melalui tagline ‘rawat diri di hujung jari’ Minyak Terapi Herba BB Gold Akarmas ditawar pada harga RM99.90 sebotol. -KOSMO! ONLINE